Kerajaan memberi jaminan bahawa hanya firma bumiputera yang layak akan mendapat manfaat daripada pelancaran 5G negara melalui syarikat Digital Nasional Bhd (DNB) milik kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad berkata model serupa telah dilakukan dalam projek MRT1 dan MRT2.
Beliau menjawab soalan Mukhriz Mahathir (Pejuang - Jerlun) yang menyatakan beliau tidak yakin dengan janji DNB untuk memperuntukkan 60% kontrak kepada firma Bumiputera.