Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mempersoalkan sama ada kerajaan memberi perhatian yang sama terhadap tadbir urus yang baik dan isu kepentingan awam berbanding isu arak Timah.
Beliau turut membidas Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man kerana tidak menghadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB 2021 (COP26) di Scotland, namun lebih memberi fokus kepada isu Timah.