Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menuntut kerajaan agar menjelaskan beberapa perbelanjaan luar bajet semasa membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Antara lain, dia menamakan beberapa projek berkenaan termasuk pelancaran 5G di seluruh negara dan kemungkinan meneruskan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).