Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan mewajibkan perlantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senarai awam.
Katanya cadangan itu dijangka berkuatkuasa 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat lain.