Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memerhatikan keadaan di Langkawi sebelum membuka sektor pelancongan di seluruh negara untuk pelancong dari luar negara.
Menterinya Nancy Shukri berkata, MOTAC menjangkakan pembukaan semula sektor pelancongan sepenuhnya akan dilaksanakan selepas 16 November atau awal Disember depan.