Pelakon watak Yah Kuchai selalu tolong masak mi segera untuk arwah Mamat Khalid - “Dia panggil tengok movie sama-sama”

2021-10-26 71

PEMERGIAN Allahyarham Mamat Khalid meninggalkan kesan mendalam kepada pelakon Afea Deanna yang mula dikenali menerusi karakter Yah Kuchai dalam drama Kampong Pisang Bersiri-siri.
Walaupun tidak memiliki pengalaman dalam bidang lakonan, namun Afea Deanna Baharudean , 21, bersyukur apabila bakatnya digilap oleh pengarah tersohor seperti Mamat.
Menurut Afea, arwah percaya dengan bakat yang dimilikinya serta sentiasa memberi kata-kata semangat jika dia berdepan rasa sedih.