Penularan berita palsu selepas pengungkaian Ordinan-ordinan Darurat akan terus dikawal menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengungkaian Ordinan-ordinan Darurat juga tidak menghalang kes-kes yang sedang dalam siasatan serta prosiding mahkamah berjalan mengikut undang-undang.