Senator PAS dikecam kait remaja bunuh diri dengan drama Korea

2021-10-14 1

Senator Mohd Apandi Mohamad dikecam selepas mencadangkan drama Korea Selatan mungkin menjadi salah satu faktor yang mendorong orang ramai - khususnya remaja - membunuh diri.

Terdahulu Apandi membangkitkan isu tersebut ketika membahaskan RMK12 di Dewan Negara semalam, selepas Senator Fadhlina Sidek memohon campur tangan segera dalam isu krisis kesihatan mental di negara ini.