Polis Melaka telah merampas sebuah kereta rasmi yang digunakan oleh bekas exco, Norhizam Hassan Baktee di sebuah kondominium di Jalan Tun Perak, Melaka, semalam.
Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata, tindakan itu dibuat selepas bekas Adun Pengkalan Batu itu gagal memulangkan kereta Toyota Camry, dengan nombor pendaftaran MAL 3 berwarna hitam.