Seorang aktivis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memuat naik penghantaran komunikasi jelik di laman Facebooknya terhadap bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, hujung Mei lalu.
S Dayalan, 41, yang juga Pengerusi Persatuan Pekerja Malaysia di Singapura membuat pengakuan itu di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjoothy selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.