'Bank Negara sedia kerjasama siasat pendedahan Kertas Pandora' - Menteri

2021-10-11 843

Bank Negara Malaysia (BNM) sedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang untuk memantau dan menyiasat dokumen terkandung di dalam Pandora Papers yang membabitkan individu di negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BNM sebagai pihak berkuasa berwibawa sentiasa bersedia bekerjasama dan memanjangkan sokongan kepada agensi terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta yang berkaitan.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan RUU terbabit.