Pelakon lelaki, pengarah, penolong pengarah ditahan positif dadah

2021-10-11 1

Seorang pelakon berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam.

Pengarah dan penolong pengarah itu dikatakan berusia 49 dan 47 tahun.

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.