Tanpa menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan Altantuya Shaariibuu, kerajaan akan dilihat mengamalkan dwistandard.
Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.
Lim mengulas pembentukan jawatankuasa khas bagi menyiasat kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan di sebuah kuil di Selangor yang mendapat perhatian meluas.