'Kenapa nak jadi peguam kepada perasuah?' - Anwar tanya Speaker isu Kertas Pandora

2021-10-11 2

Selepas rayuan usul terbaharunya yang mendesak Kertas Pandora dibahaskan di Dewan Rakyat ditolak, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang bertindak sebagai peguam berhubung kebocoran data.

Dalam jawapan balas tindakan beliau menolak usul itu, Azhar berkata, Kertas Pandora bukan mengenai pengeluaran duit dari dalam negara ke luar pesisir tetapi pendedahan pegangan saham di syarikat luar pesisir yang mana ia dua perkara berbeza.

Anwar (PH-Port Dickson) kemudian tetap mempertahankan tindakannya untuk membawa Kertas Pandora itu supaya dibahaskan di Parlimen.