'Tiada seorang pun positif, ahli parlimen boleh buka pelitup muka ketika berbahas'

2021-10-11 322

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa ahli parlimen boleh membuka pelitup muka ketika berbahas.

Katanya ini kerana tiada seorang pun yang direkodkan bergejala Covid-19 sepanjang persidangan dijalankan.

Ahli parlimen dan pegawai yang terlibat diwajibkan untuk membuat ujian pengesanan Covid-19 setiap hari Isnin dan Rabu di Parlimen.