Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin semalam mendakwa dua bekas Adun Melaka yang menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan negeri pimpinan BN-PN, dilayan seperti "musuh" kepada negeri itu.
Shamsul yang juga ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu meminta kerajaan sementara negeri Melaka supaya menghentikan perbuatan 'buli' tersebut.
Dua bekas Adun berkenaan ialah Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).