Pakatan Harapan Melaka tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong bagi membawa isu pembubaran DUN Melaka.
Kenyataan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari itu bagi menafikan dakwaan Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee bahawa 15 Adun, termasuk 11 dari PH akan mengadu soal pembubaran DUN kepada Agong.