Ahmad Zahid Hamidi (Umno-Bagan Datuk) hari ini mencadangkan agar DUN Melaka dibubarkan dan satu pilihan raya negeri yang baru diadakan bagi memberi semula mandat kepada rakyat.
Zahid berkata demikian di Dewan Rakyat ketika mengulas krisis politik di Melaka di mana 4 orang Adun mengumumkan telah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri.