Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar yang didebatkan.
Ini selepas Muhyiddin mengaitkan bekas perdana menteri, Najib Razak dengan isu menarik taraf Kompleks Seri Perdana di Putrajaya bernilai RM38.5 juta.