Dakwaan pelajar maut lepas vaksin: Polis rakam keterangan suspek

2021-10-04 856

Polis selesai merakam percakapan beberapa individu termasuk seorang suspek yang terlibat berhubung dakwaan dua pelajar sekolah menengah di Ipoh meninggal dunia selepas divaksinasi.

Ia susulan seorang aktivis wanita membuat dakwaan terbabit dalam satu rakaman video di sebuah majlis membantah langkah kerajaan mengenakan pengambilan vaksin kepada pelajar.