Tiada peranti digital? Boleh tunjuk kad vaksinasi sebagai bukti - KJ

2021-10-04 388

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata bagi individu yang tiada peranti digital atau telefon bimbit pintar, mereka boleh menunjukkan kad vaksinasi di premis-pemis.

Katanya lagi, sekiranya kad vaksinasi tersebut telah hilang, mereka boleh hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran bagi memaklumkan kehilangan tersebut dan proses menggantikan kad vaksinasi yang baru.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ahli parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah di Dewan Rakyat, hari ini.