PN runding kerusi minggu depan, tak tunggu Umno dan BN

2021-10-01 655

Parti komponen Perikatan Nasional telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU-15 dengan segera.

Pengerusinya Muhyiddin Yassin berkata, PN akan meneruskan rundingan pembahagian kerusi mulai minggu hadapan walaupun masih tidak mendapat sebarang gambaran daripada Umno atau Barisan Nasional.