Bekas perdana menteri Najib Razak mengkritik Muhyiddin Yassin, yang juga bekas perdana menteri kerana cuba menyalahkannya di atas pengubahsuaian di Seri Perdana yang menelan kos RM38.5 juta.
Ini selepas Muhyiddin mendakwa antara sebab dia menaik taraf kediaman rasmi perdana menteri itu berikutan Najib telah membawa keluar beberapa perabot dan candelier.