Ahli-ahli parlimen pembangkang menjelaskan kenapa mereka bersikap lantang dalam Dewan Rakyat dalam satu wawancara yang disiarkan, semalam.
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata dia bersikap lantang dalam Dewan kerana ruang yang diberikan kepada pembangkang untuk bertanya soalan tidak mencukupi.
Manakala ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata walaupun mereka kelihatan tegas di Dewan Rakyat namun mereka tidaklah ke tahap sehingga berlaku aksi tumbuk menumbuk seperti yang berlaku di luar negara.
Sumber video: https://fb.watch/8ldF6HcNvY/