Dewan Rakyat sedikit tegang apabila Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mencabar Lim Guan Eng (PH-Bagan) untuk berdebat isu dasar kabotaj negara.
Ka Siong mengeluarkan cabaran itu susulan Guan Eng tidak berpuas hati dengan penjelasan menteri itu berhubung status kehilangan pelaburan luar negeri selepas kerajaan PN membatalkan pengecualian kabotaj.