Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mencadangkan Malaysia menarik semula perhatian dan minat dunia, selain usaha membina semula hubungan antarabangsa dengan ekonomi besar yang terkesan, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Katanya, visi, misi dan projek seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang bakal menghubungkan dua ekonomi terbesar ASEAN perlu disambung semula mengikut konsep dan perancangan asal.