Rancangan Malaysia Ke-12 menyasarkan empat matlamat utama untuk dicapai dalam tempoh lima tahun sehingga 2025, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat hari ini.
Salah satu matlamat utama adalah pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang disasarkan pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus setahun.
Selain itu kerajaan juga mahu meningkatkan purata pendapatan isi rumah kepada kira-kira RM10,000 sebulan pada 2025.