'Kerajaan Gagal': Ku Li letak jawatan penasihat Umno

2021-09-22 1,248

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkuat kuasa serta-merta Isnin lalu.

Melalui sepucuk surat yang dilihat Malaysiakini, tindakan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berikutan kecewa dengan Umno yang memberi sokongan kepada kerajaan hari ini.