Sajat belum kemuka permohonan suaka politik - Polis Thailand

2021-09-22 181

Polis Thailand setakat ini enggan mengesahkan laporan media Malaysia bahawa usahawan kosmetik dalam buruan, Nur Sajat sedang cuba mendapatkan suaka politik.

Menurut laporan Bangkok Post, jurucakap polis berkata Nur Sajat masih belum mengemukakan permohonan itu secara rasmi, namun maklumat lanjut akan didedah kemudian.