Kerajaan tidak akan rayu, akan laksana Undi18 - Menteri

2021-09-21 520

Kerajaan membuat keputusan melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya 31 Disember tahun ini seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuching.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Jemaah Menteri pada 10 September lalu turut memutuskan kerajaan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.