Ahli Dewan Rakyat hari ini dikejutkan apabila ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said kembali mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat sesi petang sebagai timbalan speaker.
Menjelaskan kekeliruan tersebut, Azalina berkata Speaker Azhar Azizan Harun telah memintanya berbuat demikian untuk sementara waktu di bawah peraturan mesyuarat 7(3).