Butiran pendapatan ahli Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu semasa bertugas sebagai penasihat khas bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin didedahkan di Dewan Rakyat semalam.
Dalam jawapan di parlimen, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata gaji Ahmad Faizal berjumlah RM27,227.20 dibayar secara pro-rata, memandangkan tempoh perkhidmatan yang singkat.