Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menjelaskan, kerajaan terpaksa mengenakan kompaun terhadap anggota parlimen pembangkang yang berarak ke Parlimen pada 2 Ogos lalu, kerana tidak mahu melaksanakan undang-undang 'dua darjat'.
Bagaimanapun katanya, kerajaan bersetuju untuk menurunkan kompaun daripada RM3,000 kepada RM1,000 yang merupakan kompaun biasa untuk perlanggaran SOP.