MoU serupa boleh dimeterai dengan pembangkang lain - Annuar

2021-09-14 77

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa tidak menolak kemungkinan bahawa memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan PH akan dicapai dengan parti pembangkang lain.

"Perjanjian ini tidak eksklusif untuk PH. Kita telah pun sama bersetuju bahawa kalau ada pihak yang bersependapat, maka tindakan serupa (melibatkan mereka) akan dilakukan kerajaan," katanya dalam satu rakaman audio selepas majlis tandatangan MoU semalam.