MP perlu buat ujian RTK sepanjang sidang Parlimen - Speaker

2021-09-14 39

Semua ahli Parlimen perlu melakukan ujian saringan Covid-19 menggunakan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen secara berkala di sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat kali ini bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Menurut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, ujian tersebut akan dilakukan pada setiap Isnin dan Rabu.

Persidangan Dewan Rakyat pada penggal ini akan bersidang selama 17 hari, iaitu dari 14 September hingga 12 Oktober.