‘Ratusan surat telah beta terima daripada rakyat, rintih penuh duka’ - Agong

2021-09-13 1

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda menerima ratusan surat daripada rakyat yang merintih agar perubahan dapat dikecapi segera bagi meneruskan kelangsungan hidup seharian.

Sultan Abdullah bertitah, negara dan rakyat sudah terlalu lama dibelenggu dengan masa depan kelam, bergelut dengan isu kesihatan dan juga kemurungan ekonomi.

Baginda bertitah demikian pada Isitiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 di Parlimen, hari ini.