Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumakan, ada berita baik yang akan diumumkan berhubung aktiviti sukan berpasukan di luar bangunan (outdoor), tidak lama lagi.
Pengumuman itu dibuat susulan ciapan Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu yang memohon agar gimnasium dan sukan padang turut dibuka semula dengan SOP ketat, seperti pawagam yang dibenarkan beroperasi mulai esok.