Tanpa undi percaya, CSA kerajaan, pembangkang tergugat - Lim

2021-09-08 65

Perjanjian kepercayaan dan perbekalan antara kerajaan dan pembangkang kini dalam keadaan tidak menentu, jika tiada undi percaya terhadap perdana menteri dikemukakan, kata Lim Kit Siang.

Pemimpin veteran DAP itu juga mempertikaikan penjelasan menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa Agong berkenan supaya undian itu tidak diadakan.