Lelaki mengamuk depan balai polis Gopeng positif dadah

2021-09-08 1

Polis telah menahan seorang lelaki yang bertindak agresif dengan menghayunkan galah sabit di atas sebuah kereta peronda polis di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak pagi tadi.


Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi tadi, suspek lelaki berusia lingkungan 60an itu ditahan selepas mendapat bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertindak menyembur air ke arahnya sebelum ditahan oleh anggotq polis.

Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis heroin dan methamphetamine.


Sumber video: https://www.facebook.com/104860798137160/posts/270719434884628/?d=n