Undi 18: Kerajaan akan patuh mahkamah turun usia pengundi

2021-09-07 1

Setakat ini belum ada arahan untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengarahkan Putrajaya untuk melaksanakan Undi-18 sebelum 31 Disember, kata Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Justeru katanya, kerajaan akan mematuhi perintah mahkamah untuk menurunkan usia minimum pengundi dari 21 ke 18 tahun sebelum tarikh ditetapkan.