MCA sedang merangka undang-undang baru untuk mengelakkan kegiatan lompat parti yang dinamakan Rang Undang-undang Pilihan Raya Pecat Dewan Rakyat.
Dalam satu sidang media, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata undang-undang ini akan membolehkan pilihan raya pecat berlaku dalam dua keadaan.
Keadaan-keadaan itu ialah apabila anggota parlimen disabitkan melakukan kesalahan tertentu dan apabila 10 peratus pemilih menyokong petisyen untuk memecat wakil rakyat mereka.
Sumber video: https://www.facebook.com/MCAHQ/videos/558718568607636