Hadi, Tiong dan Riot kekal jadi duta khas bertaraf menteri

2021-09-02 256

Kerajaan bersetuju mengekalkan tiga pemimpin parti politik sebagai duta khas bertaraf menteri seperti yang dilantik perdana menteri terdahulu, Muhyiddin Yassin.

Tiga pemimpin parti politik terbabit ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak , Tiong King Sing dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Richard Riot Jaem.