Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggariskan lima strategi dikenali sebagai ‘Inisiatif Mantap’, bagi membawa rakyat Malaysia keluar daripada kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19.
Menterinya Idris Ahmad juga telah menetapkan tempoh kurang 10 hari bagi semua agensi di bawahnya untuk merangka pelan agar insiatif tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.