Ibu Tiri Berubah Sikap Selepas Ayah Jatuh Sakit

2021-09-02 33

Demi kebahagiaan ayah tersayang, si anak sanggup merelakan hasrat orang tuanya untuk berkahwin lagi.

Namun, ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itu yang berlaku apabila ibu tiri berubah sikap sebaik suaminya jatuh sakit.

Bukan sahaja tidak menjaga makan minum dan menjaga sebaiknya orang tua tersebut, malah belang sebenar yang ditunjukkan wanita itu cukup menjengkelkan.

Bagaimana si anak mahu menyelesaikan isu tersebut demi memastikan kebahagiaan ayahnya yang uzur dan pada masa sama tidak mengecilkan hati pihak lain?

Ikuti kata-kata nasihat oleh Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad sempena Soal Jawab Netizen Rahsia Rumah Tangga pada minggu ini.

#soaljawabnetizen
#rahsiarumahtangga
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#kitalaluibersama
#dominasigayahidup