Setiausaha politik Azmin Ali menafikan laporan bahawa ahli parlimen Gombak itu mengugut untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Muhammad Hilman Idham berkata, laporan yang disiarkan Malaysiakini dan Free Malaysia Today adalah "sama sekali palsu, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab".