‘Sokongan Perikatan Nasional kepada Ismail Sabri bersyarat’

2021-08-19 1

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan yang diberikan gabungan itu kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri baru adalah bersyarat.

Kenyataan itu hadir ketika semua 114 ahli parlimen yang dipanggil Istana Negara selesai menghadap Agong petang ini.