Siapa pernah kena buli mesti boleh relate... Kidd Santhe kongsi kisah peribadi dalam lagu

2021-08-18 182

Kidd Santhe mengakui pernah dibuli oleh guru dan pelajar ketika dibangku sekolah kerana memiliki saiz tubuh badan yang besar.

Ujar Kidd, ketika tingkatan empat, dia memiliki berat badan lebih daripada 70 kilogram dan ia menjadi punca sering dibuli.

“Saya selalu dibuli, dulu saya gemuk... masa tingkatan empat berat saya 70 kilogram, masa itu cikgu-cikgu dan murid-murid suka buli saya.

“Semasa sekolah ni macam rasa sedih sikit, jadi muzik video lagu baharu ini buat nak ketengahkan buli tapi konfiden,” katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengenai fizikal Kidd Santhe yang semakin kurus, dia memberitahu tujuan asal dia menurunkan berat badan adalah faktor kesihatan.