Mak Wan kini dikhabarkan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah atas nasihat doktor.
Ujar Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, dia mengalami demam selama tujuh hari sehingga terpaksa menjalani ujian calitan Covid-19 dan bersyukur keputasannya negatif.
“Tujuh hari saya demam dan lepas itu KKM ada datang buat swab test dan sekarang saya kena kuarantin kendiri.
“KKM ingat saya demam apa sebab dah tujuh hari... lagipun saya tidak pergi klinik. Jadi mereka risau dan terus datang ke rumah. Lepas periksa memang tiada apa-apa, Alhamdulillah,” ujarnya kepada mStar.