Kerajaan akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun mulai 15 September ini, kata Khairy Jamaluddin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu berkata, kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan mempunyai masalah kesihatan tertentu akan diutamakan terlebih dahulu.