Kami tak derhaka, derhaka pihak yang langgar titah Agong - Ismail

2021-08-06 1,115

Isu ahli Parlimen menderhaka tidak timbul memandangkan mereka menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa isu keabsahan kerajaan perlu dibawa ke Parlimen, kata Ismail Sabri Yaakob.

Dalam sidang medianya hari ini, Timbalan Perdana Menteri itu berkata tindakan meruntuhkan kerajaan sebelum sidang Parlimen pada September akan menggagalkan titah dan hasrat Agong.

Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/358073342477230